1. Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibril, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
5. Mengurangi tekanan darah
Kandungan magnesium dan mineral dalam kurma bisa membantu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kalium merupakan salah satu mineral yang terkandung dalam kurma, di mana sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan jantung dan membantu mengurangi tekanan darah.
6. Menjaga kesehatan pencernaan dan mengatasi sembelit
Serat sangat penting dalam meningkatkan kesehatan usus besar dan memperlancar buang air besar secara teratur. Serat larut dan tidak larut yang terkandung dalam kurma membantu menjaga kesehatan sistem pencernaan dan membuat usus besar bisa bekerja dengan performa terbaiknya. Beberapa manfaat lainnya yang terkait dengan serat dan kesehatan usus adalah mengurangi risiko radang usus, kanker usus, dan wasir. (A5)